
Boleh dapatkan tiket dari nombor yang tertera pada poster.
Teringin nak tengok...
Teringin nak tengok...
Betapa ramai pengunjung setia menegur saya, atas kesunyian blog ini.
Maafkan saya...
Kata dan kisah terlalu banyak boleh dicoret, namun keutamaan saya telah bertambah.
Saya rasa amat bersalah kepada beberapa sahabat bloggers yang saya janjikan "sesuatu" untuk blog mereka. Maafkan saya ribuan kali... terutamanya, si Cucu Dagang ini.
Maafkan saya...
Kata dan kisah terlalu banyak boleh dicoret, namun keutamaan saya telah bertambah.
Saya rasa amat bersalah kepada beberapa sahabat bloggers yang saya janjikan "sesuatu" untuk blog mereka. Maafkan saya ribuan kali... terutamanya, si Cucu Dagang ini.
Namun, untuk saya padamkan blog peribadi ini, agak sukar dilakukan, kerana kadang-kala apa yang saya paparkan di sini juga akan memberi satu perkongsian bermanfaat buat pengunjung.
Tanpa saya sedari, saya perlu mengemaskini 10 buah blog dalam akaun peribadi blogger saya. Ada yang dibuat kerana sememangnya itu tugas saya, dan ada yang dibuat bagi membantu sahabat-sahabat. Itu belum termasuk blog yang diberikan password tanpa invitation sebagai admin.
Sementara menanti giliran keutamaan blog ini, jemput datang ke blog-blog lain ini ya. Manalah tau, terbuka hati anda untuk jadi sebahagian dari crewnya... saya sangat alu-alukan dan bersedia membantu.
1) Nisa' Terengganu :
Saya dapati, blog ini menjadi salah satu teknik marketing yang baik untuk mencari ahli baru. Namun, dari segi kelemahannya ialah, ahli sedia ada yang ramai di luar bandar kurang pengetahuan mengenai teknologi, hanya kawasan tertentu yang berhampiran pusat bandar seperti Kuala Terengganu sahaja yang boleh memanfaatkannya. Cabaran saya yang paling besar ialah bagaimana untuk memastikan ianya sentiasa dikemaskini dengan kelemahan pada saluran maklumat dari Crew 3N di peringkat DUN dan Kawasan. Kerana itu, saya sangat-sangat menggalakkan individu-individu yang mempunyai kekangan untuk ke depan dengan Nisa', dengan membantu di belakang tabir 3N, khususnya golongan mahasiswa, graduan dan mereka yang berkerjaya yang terhad pergerakannya.
2) Galeri Nisa' Terengganu
Blog ini asalnya hanyalah untuk dijadikan galeri album program Nisa' Terengganu. Namun, setelah diteliti panduan tugas, saya juga perlu menyediakan sebuah arkib berita untuk Nisa'. Memandangkan penggunaan storan seperti hard-disk, CD atau pen-drive tidak selamat dan tidak meluas, saya memilih blog untuk dijadikan tapak simpanan.
3) Tanyalah Ustazah
Sebuah ruangan baru yang dikendalikan oleh panel-panel berkelayakan yang dilantik oleh Unit Pembangunan Insan Nisa'. Saya merasakan kewujudan ruangan ini satu kemestian setelah melawat ruangan soal-jawab agama sebuah blog pemuda. Terlalu banyak persoalan berkaitan wanita dan rumahtangga diajukan pada ustaz tersebut. Alangkah baik jika soalan berkaitan wanita juga dijawab oleh ustazah berkelayakan? Ini juga dapat dijadikan sebagai salah satu medan perkongsian buat penyokong-penyokong jemaah Islam memanfaatkan ilmu dan pengalaman mereka.
4) PASTI Negeri Terengganu
Dari awal lagi, melihat keaktifan blog PASTI Dungun dan beberapa PASTI Cawangan di Johor, terdetik di hati saya untuk melihat adanya sebuah blog untuk PASTI Negeri. Bukankah bagus untuk mewar-warkan pada semua bahawa PASTI merupakan Institusi Pendidikan Pra-Sekolah yang terbaik di abad ini? Saya rasa, admin PASTI ini boleh 'maintain' sendiri tanpa bantuan saya selepas ni.
5) Smart & Syarie
Blog business...huhu. Boleh tahan followernya...
6) Skuad WaJA Negeri Terengganu
Saya akan kemaskini jika ada bahannya... Dah lama nak tukar template... bila ek?
7) Unit Amal Terengganu
Hehe... apa la kaitannya dengan saya?... Saya hanya mampu buatkan ia menjadi galeri gambar. Apa beritanya? Saya pun tak tau... huhu. Anda Unit Amal Terengganu? Saya jemput anda menjadi admin blog ini... Oh ya, ketika posting ini ditulis, petang tadi saya baru tahu Ketua Penerangan Unit Amal yang baru. Rupa-rupanya, beliau juga adalah admin blog PASTI... hehe... Nasib la Khairul...
8) Kelab Fasi Terengganu
Antara kaedah sebaran yang baik untuk organisasi. Banyak negeri menghubungi kelab untuk mewujudkan kelab yang sama di negeri masing-masing. Malangnya, selepas dilanda fitnah, saya rasa down untuk update. Saya sangat terluka dan enggan memaafkan "orang" yang menyebarkan fitnah itu sehingga hari ini. Adakah bagus sikap seperti ini?








0 komen:
Post a Comment
Hmmm... apa kata anda?