Best Man In My Heart

Tahun ini, banyak perkara kali pertama berlaku pada saya...

Pertama kali ke Muktamar PAS Pusat...
Pertama kali mendapat ucapan birthday terbanyak...
Pertama kali memandu seorang diri agak jauh...
Pertama kali berjalan di khalayak dengan cermin mata hitam (tak suka, tapi terpaksa)...
Pertama kali jumpa saudara jauh sebaya yang mendokong PAS...
Pertama kali masuk meeting Halwa DUN...
Pertama kali... hmmm... terlalu banyak untuk dicoretkan...



Pertama kali juga saya berjalan-jalan tanpa mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Entah kerana letih atau apa? Agaknya jika saya berusaha mengambil gambar sekitar muktamar, pasti akan ada rungutan mengenai urusetia muktamar yang tidak meraikan peranan bloggers menyebarkan informasi yang lebih tepat dan cepat.

Sempena Hari Lahir ayahanda tercinta dan Hari Ibu yang berlalu, saya mencari sesuatu untuk ibubapa tersayang.





Apabila diserahkan hadiah tersebut, ayah saya terus mencapai cermin matanya.

Tiga hari kemudian, saya fikir, saya perlu menghadiahkan lebih banyak buku lain kali...huhu... Best man saya ini sangat suka membaca dan tabiat itu turun pada semua adik-beradik saya.....

Buku untuk diri sendiri... I Love History...

Oh ya... jom bersama kita mengundi Rasulullah SAW sebagai lelaki terbaik, di hati dan di mata dunia. Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad...

2 komen:

Imanulnaim Enterprise said...

B.M.W.

BEST MEN WIN.....
ANA SEDANG CUBA BUAT BUKU AYAH CHIK..

alqasam said...

Askum

Kak Baiti yang dikasihi. Bila tu, birthday nya. Maaf tidak tahu.

Senah helwa

Kullu 'Am wanenti IlALLAhi Aqrabu.

Maaf hari tu tidak sempat berbual lama. Teringin nak bersembang lama sebenarnya.:)

Post a Comment

Hmmm... apa kata anda?

Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top