Selepas hampir sebulan, Cik Mun pun baru update kisah NIG. Tak boleh jadi ni, saya pun nak share kisah di sana. Bagi saya, bermusafir ni sangat bagus. Kita akan lebih mengenali orang yang bersama-sama kita.
Okay, sebenarnya, masa Kak Ani ajak awal-awal dulu, memang saya kata tak nak pergi. Kunun-kunun dah banyak ambik cuti la, nak jaga rekod la ni...kui3x... last-last, tension punya pasal, tambahan pula Ida yang ajak, tetiba rasa rindu pulak nak bermusafir dengan Ida. OK Ida, comfirm! Mula-mula ingat nak tolong Ida apa yang patut, sebab Ida Ketua Kontinjen, last-last kena jadi Ketua Perbarisan sebab Najihah baru tahu yang dia pregnant sehari sebelum pergi. Huhu... (Namun, ketika kisah ini dicoretkan, Najihah telah keguguran. Sabar ye, Jihah...)
So, dengan sempoinya, bertolaklah kami pada 24 April malam dari Amal Raudhah ke Shah Alam, seramai 32 orang peserta dan 8 orang pengiring AJK Nisa' Negeri. Mula-mula janji nak duduk dengan Ida, pastu, Kak Ya Nisa' DUN Wakaf Mempelam pulak nak bermanja , then tiba-tiba saya berada di sebelah Kak Wafa... Honestly, sejak Kak Wafa grad dari UUM, sejak itu saya tak berbual dengannya. Kami berbual agak lama, dan soalan-soalan terkumpul dari tahun 2006 ditanyakan padanya. Dan sudah tentu kami berkongsi kenangan mengenai kisah sahabat-sahabat jemaah dulu... :)

Kami solat di Masjid Shah Alam dan bersiap diri juga di sini. Turut kelihatan ialah Kontinjen Nisa' Johor dan Kontinjen Nisa' Perak.
Saya malas nak cerita games yang dimainkan sebab dah dicatatkan di sini. Cuma, saya terkejut melihat beberapa orang adik-adik UUM yang menjadi kontinjen Nisa' Sabah. Actually, masa Nisa' Games 2007 di Kelantan pun, adik-adik UUM juga yang jadi wakil.


Sungguh penat menjadi runner memandangkan saya diminta oleh Ida untuk memantau pemain di bahagian catur dan dam aji (di tingkat atas). Dalam masa yang sama, perlu mengambil gambar untuk 3N. Last-last, saya terduduk dan melayan Adib Nuruddin yang comel dan baiiikkkk je....
Kesian pulak tengok Nuruddin yang tak dapat breast feeding sebab tak ada ruang. Makan biskut la ye... Sementara Cik Mun dan hubbynya berlawan catur, sayalah baby sitter Nuruddin. Nasib baik Mar tak main, kalau tak... jaga Izzah pulak... he-he...takpe Fir ada...
Sedih juga tak dapat main walk-in...




Saat yang paling lucu ialah ketika saya, Ida dan Sham naik ke pentas untuk mengambil hadiah, saya bersalam dengan Kak Muna sambil berkata...
"Akak... saya Baity, nasikerabupetro"
Ya Allah, punyalah excited Kak Muna sampai terjerit kecil. Tak hengat dia tu Pengarah Program duk atas stage... hehe... Well... I like your style la kak... hu-hu... sempoi!
Then, masa nak balik, terdengar belon-belon diletupkan. Tak henti-henti. Rupa-rupanya budak ni punya kerja.
Saya rasa sungguh bersalah sebab pagi tadi, masa nampak budak-budak ni kat tangga utama, saya mengusik mereka....
"Kesian korang, mesti boring ek... nampak ni?" (sambil saya mengambil sebatang jarum peniti pada tudung)
"Balik nanti k? Hehe..."
Bling! Nampak mata budak ni berkilat!
Owh... saya telah mengajarnya buat jahat... ampun!
Melihat budak ni yang keseronokan memecahkan belon yang dipegang orang, saya menghampirinya dan memegang bahunya...
"Ehemmm... oooo... ikut cakap akak yea...?"
Budak itu yang terperasan bahawa saya yang mengajarnya terus tersengih dan lari...



























4 komen:
asyik pegang baby org je..bila lg nk pegang baby sendiriknya? hak2..
hehehe ,, kelako kan? kak muna , mcm tulah dia, hehe. pentas pun mcm kak muna yang punya. kihkih
tapi best jumpa awak kat pentas tu. ;p
owh ohhhh...
sori kak muna... dah ajar budak kecik tu letupkan belon... maaf la ye....
hope boleh jumpa akak lagi...maybe kat muktamar ke...
nasih, soalan cepumas tu... dok tahu nok jawab guana...huhu
Post a Comment
Hmmm... apa kata anda?