Lagi tambahan boikot

Saya tidak dapat tidur lena setelah membaca artikel di blog Kedah Lanie. Justeru, pagi ini selepas solat subuh, saya mengenepikan kerja rumah dan menghantar posting ini pada pagi ini. Artikel ini dipetik dari beberapa blog dan bagi menjimatkan masa, saya akan copy-paste sebagai satu usaha penyebaran.

Kenapa saya lakukan perkara ini?(copy-paste). Kerana tempat tersebut saya akan kunjungi sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Dari blog MAMPAT.

MAMPAT sedang mencari bukti-bukti kukuh di atas maklumat yang menyatakan terdapatnya usaha untuk memurtadkan gadis-gadis Melayu yang berkerja di Kedai buklu berkenaan. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, pengalaman dan apa sahaja.... MAMPAT menyeru agar anda semua menghubungi Pengerusi MAMPAT iaitu Cikgu Fauzi di talian 013-9238685. Segala MAKLUMAT adalah RAHSIA....

Tanpa bukti yang kukuh, MAMPAT tidak akan mampu untuk memperpanjangkannya ke hadapan... Oleh itu bantuah anda semua adalah sangat penting bagi emastikan AGAMA ISLAM terpelihara... Bersama ini MAMPAT sertakan blog yang mencetuskan maklumat awal untuk kita orang Islam sama-sama memulakan Gerakan Anti-Murtad ini......

http://membelaislam.wordpress.com/2009/04/17/awas-kedai-buku-di-kuala-terengganu/

Sekiranya maklumat tersebut benar dan tepat, MAMPAT akan memperpanjangkannya hingga ke peringkat yang lebih tinggi.... Insyallah Tuanku sangat MURKA sekiranya didapati perkara ini adalah benar......


Dari sini pula.

Sudah menjadi buah mulut orang ramai di bandaraya Kuala Terengganu namun masih ramai lagi mereka yang terus terperangkap dan tertipu. Pemilik sebuah kedai buku yang mempunyai beberapa rangkaian kedai di sekitar Kuala Terengganu didapati terlibat dalam usaha memurtadkan anak-anak gadis Melayu kita. Selain dari itu ramai juga mereka yang telah diperkosakan.

Pengakuan beberapa bekas pekerja yang sudah serik dicabul kehormatan menceritakan pengalaman pahit mereka. Pemiliknya memang lebih suka mengambil kakitangan-kakitangan perempuan, anak-anak gadis dari kampung sekitar yang kurang pendidikan agama, lemah iman dan yang mudah terpedaya dengan wang ringgit.

Sesetengah yang berani dan teguh iman, mereka sanggup berhenti dari terjerumus dengan maksiat yang berleluasa serta terancam keimannya. Malah semakin ramai dari mereka yang bersuara menceritakan kebobrokan nafsu serakah pemiliknya. Ada juga anak-anak gadis yang ternoda dan akhirnya terpaksa mengugurkan kandungan.

Seorang dari bekas pekerja mengaku turut pernah cuba dimurtadkannya. Kesedaran akhirnya menyelamatkan anak gadis yang sudah bersuami ini dari tersesat dan gugur imannya.

Walaupun sudah menjadi buah mulut ramai, namun di kalangan sesetengah orang-orang Melayu kita masih tidak sedar apa yang dilakukan oleh pemilik kedai dan terus memberi sokongan serta melanggani kedai-kedai buku ini. Dalam pada itu, sememangnya ada juga yang tidak sedar, namun sesetengah mereka yang telahpun maklum apa yang dilakukan oleh pemilik kedai terhadap anak-anak gadis, mereka tetap terus melanggani kedai-kedai buku ini.

Baru-baru ini, di antara para pelanggannya, didapati terpampan pelekat “Selamatkan Gaza” pada kereta Wiranya, walhal dia sendiri tidak sedar apa yang dilakukan oleh pemilik kedai yang dilangganinya itu mungkin lebih dahsyat dan lebih dekat di hati dari apa yang Israel lakukan nun jauh di sana.

Di kalangan “salegirls” yang diambil bekerja oleh pemiliknya diletakkan syarat mesti berpakaian seksi. Jurujual ini dihantar ke sekolah-sekolah untuk menjual buku sambil menarik perhatian guru-guru dengan pakaian dan lagak seksi mereka. Ramai guru-guru yang sudah merungut. Ada di kalangan pendidik yang sayangkan anak-anak gadis kita telah “ban”kan jurujual dari kedai ini untuk ke sekolah mereka. Namun, tetap ada pula guru-guru yang “agak gatal” patang dihulur “manisan” begini lapar menunggu.

Sesuatu tindakan drastik mesti dilakukan. Mereka yang peka dengan agama dan bangsa Melayu mereka MESTI bertindak untuk menyedarkan kawan-kawan serta sahabat handai mereka.

*****************************************

Lanjutan dari posting di atas – kami mendapat beberapa maklumat tambahan berhubung kebenaran perkara di atas termasuk dari kakitangan kerajaan – ramai dari kalangan pendidik.


Lagi dari sini.


Cadangan;
1) Wujudkan persatuan gabungan pemilik kedai buku kalau belum ada.
2) Pemilik kedai buku Islam
perlu menyediakan pilihan yang setanding dengan kedai buku tersebut. Apa yang masih kurang ialah pilihan alatulis, majalah-majalah berkualiti, majalah luar negara dan novel-novel luar negara.
3) Blogawan Terengganu-do something!
4) Sebarkan maklumat ini di masjid-masjid
5) Saya - boikot sehingga dibuktikan TIDAK BENAR.

Sungguh geram! Saya pernah menceritakan kisah ke kedai buku ini beberapa kali dalam blog ini.



0 komen:

Post a Comment

Hmmm... apa kata anda?

Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top