Saya telah membiarkan blog tidak dikemaskini agak lama. Sebenarnya banyak isu yang ingin ditulis, program yang diikuti dan gambar yang ingin dipaparkan, tapi hati dan jari-jemari ini berat pulak nak menari. Kadang-kadang saya sengaja membuat privasi pada blog, tanpa sebab yang kukuh. Tapi, tindakan itu menyedarkan saya bahawa saya mempunyai ramai silent reader yang tidak saya sedari selama ini. Silent reader ini menghantar sms ataupun meninggalkan offline message bertanyakan sebab. Terima kasih. Rasa malu sebenarnya sebab seperti mendedahkan diri pada orang lain pula.
Tahun lepas-lepas, pada bulan Mei, posting yang sama mengenai Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat menjadi isinya. Saya fikir, walaupun isu masih sama, tapi ceritanya berlainan kerana rutin sambutannya tidak sama.
Hari Ibu
Saya bercadang menunaikan janji yang telah lama ditunda kepada ibu saya.
Pada tahun 2006, sebulan sebelum tamat pengajian, ibu saya telah menelefon saya di kampus. Meminta saya mengosongkan satu tarikh untuk Hari Keluarga jabatannya. Saya memegang kukuh janji tersebut.
Namun, apa yang terjadi, apabila pulang, saya telah memilih untuk mengisi hari tersebut dengan sebuah program. Saya masih ingat betapa kecewanya ibu saya dan rasa kesal itu tak dapat saya lupakan hingga hari ini, walaupun saya menggantikannya dengan waktu yang lain. Sebelum saya bertolak ke program tersebut, saya hanya mampu mencapai tangan ibu saya dan menciumnya sambil berkata, "Ma, maafkan Angah ya, jangan marah dalam hati. Nanti budak-budak yang Angah bawa tak berkat didikannya". Ibu saya tersenyum melepaskan saya pergi. Ingat, jangan dilukai lagi hatinya.
Dan saya memenuhkan Sabtu lalu dengan menyertai kejohanan bowling anjuran jabatan tempat kerja ibu saya. Ayah saya tidak dapat menemani kerana imam surau kampung kami meninggal pada pagi tersebut.
Yang menariknya, ibu saya menjatuhkan lebih banyak pin dari saya walaupun ini kali pertama ibu saya menyentuh bowling. Malah, kumpulannya meraih tempat ketiga!
Hari Jururawat
Mungkin Hari Jururawat kurang dirasai. Namun, saya merasainya memandangkan ibu saya seorang jururawat, bukan sahaja di hospital, malah di rumah.
Ini bukan mengenai hari jururawat tetapi mengenai kebiasaan dan kesesuaian mengadaptasi kebiasaan itu. Masih berlegar pada waktu yang sama iaitu dalam program kejohanan bowling sebuah jabatan di HSNZ.
Sementara menunggu giliran untuk bermain bowling, saya duduk di sofa sambil membaca novel "The Third Time He Left Me". Tiba-tiba datang seorang ahli majlis, juga seorang kakak jururawat dengan anaknya dalam lingkungan 8 bulan duduk di sebelah saya. Saya lihat anaknya tidaklah dalam keadaan terdesak meraung-raung untuk menyusu, malah tidak menangispun. Sambil berkata "susah betul kalau tak hisap susu botol ni, kena bagi jugak la...". Dan dia terus mengangkat t-shirt yang dipakai. Yang mengejutkan saya ialah, dia langsung tidak membetulkan t-shirtnya untuk menutup bahagian yang sepatutnya ditutup. Saya rasa sangat malu dan terus mengangkat novel tersebut dengan agak tinggi dan berpura-pura membaca. Kedudukan sofa kami adalah berhampiran pintu masuk dan saya seperti ingin menghadang kakak itu.
Meskipun belum berkahwin, saya cuba memahami situasi tersebut dengan pelbagai anggapan dan fikiran;
1) Adakah perempuan dah kahwin memang anggap perkara ini biasa di tempat awam?
2) Kenapa suami dia tak marah?
3) Beruntunglah perempuan bertudung labuh sebab boleh tutup aurat dalam apa jua keadaan, tak fikir ke benda ni semua?
4) Sampai bila kehormatan wanita tidak diletakkan antara tempat teratas? Tiadanya bilik khas untuk menyusukan bayi (contohnya di kompleks membeli-belah), gymnasium berasingan atau hak memilih doktor untuk bersalin?
5) Saya tahu doktor dan jururawat dah lali dengan segala anggota tubuh badan, tapi bukanlah dengan kelalian itu mengizinkan kita menunjukkan pula pada mereka yang tak biasa. Huhu... malang betul nasib saya masa tu sebab terpaksa mengutuk dalam hati.
Sebab dah bengang sangat, saya pun bangun dan melangkah ke kolam. Sambung baca novel kat situ pula.
Selamat Hari Jururawat. Ma, Your Are The Best Nurse In Our Life. Hmm... Mama pun tahu malu ngan aurat anak mama kan...
Hari Guru
Sakit kepala!
Hari ni kami satu pejabat menyumpah-nyumpah budak-budak sekolah bermotor di jalan raya. Di luar, kelihatan dalam lingkungan 30 hingga 50 buah motosikal yang ditunggangi pelajar-pelajar sekolah menengah. Mungkin dari tiga buah sekolah berdekatan. Mereka bergabung menjadi satu kumpulan besar dan menunggang dengan bahaya sambil membuat bising. Keadaan menyakitkan hati ini berlangsung selama hampir satu jam.
Didapati mereka mengucapkan terima kasih pada guru dengan keluar dari sekolah dan membuat gangguan di jalan raya, kerana semua guru sedang diraikan di dewan. Joe yang bengang berkata, "Kecik-kecik tak nak mati, besar menyusahkan orang! Mansuh je la Hari Guru ni... jadi satu hal pulak masalah...".
Huh... budak-budak sekarang...
Aturcara Sambutan Jubli Emas PAS Kuala Nerus
19 hours ago








0 komen:
Post a Comment
Hmmm... apa kata anda?