10 Julai 2005

KGB

Sepanjang bercuti 3 bulan, sukar untuk menulis. Sibuk? Bukanlah MB, bukanlah YB…
Ke arah itu? Kui…kui… Angan-angan masa kecik…

Sekadar mengingati semula program-program yang dilalui.Mungkin agak terlewat, tapi sedikit ingatan sudah mencukupi tanda ukhwah.

Program Kem Jati Diri
Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SMKKGB)


Dari sini, aku mula mengenali Zack (anggota kumpulan nasyid Shoutul Amal), Yus (seorang hafiz yang sangat menarik kisahnya), Halim (very innocent mukanya), Farhana (doktor mata @ optometrist), dan sahabiah yang sentiasa bersama N Two Zestic – Hidayah, Kak Ma, Wani, Kak CT, Patmah, Yanti. Aku membawa 2 juniorku bersama.

Untuk kem ini, kami perlu mengendalikan pelajar-pelajar bermasalah atau istilah lain – High Risk. Bagiku, setelah berkenalan dengan peserta-peserta terutamanya ahli kumpulanku, tak semua high risk. Ada yang sangat berbakat, menjadi peserta pertandingan skipping peringkat antarabangsa. Mungkin kisah-kisah lama dan masalah kecil seperti ponteng kelas membuatkan mereka berada di sini. Ada yang secara sukarela mengikuti kem ini. Sewaktu spot-check, didapati hanya 5 dari kesemua 45 peserta lelaki tidak merokok. Hmm… sukar betul menahan dugaan dan perasaan ingin mencuba di zaman remaja.

Slot yang paling mengesankan ialah pada waktu “Musafir Malam”. Tak disangka suara-suara buatan berjaya menimbulkan ketakutan mereka. Mereka menyangkakan sedang berada di kubur hakikatnya, mereka berada di padang sekolah mereka. Ada yang sebak apabila diminta menceritakan semula pengalaman mereka. Namun, ada juga yang langsung tidur dengan nyenyaknya… (Malah menyangka sedang diangkat oleh hantu ketika didukung oleh abang-abang fasi). Macam-macam…

Lagu tema kem ini ialah Kembali dari kumpulan nasyid Far east. Sedikit sebanyak ianya mengesankan kerana ada peserta yang sanggup membeli kaset Far east dan memasang dalam kelas untuk dihayati bersama kawan-kawan sekelas yang tidak mengikuti program ini.

Apabila susulan dilakukan 2 minggu kemudian, AlhamduliLlah. Salah seorang peserta perempuan yang merupakan antara “kepala” dan “daring” berubah. Pulang ke rumah, beliau telah membuang semua bajunya yang tidak sesuai sebagai seorang muslimah dan menghabiskan RM 500 bersama ibunya membeli pakaian yang lengkap. Seorang peserta lelaki yang mirip wajah adikku pun berjaya mencium tangan ibunya dan memohon ampun dengan ikhlas.

Namun, ada juga peserta yang berdendam dengan fasilitator apabila secara sengaja menghantar “orang suruhan” mengganggu fasilitator perempuan dan lelaki yang lemah semangatnya. Tak tersangka oleh kami. Malah, guru-guru juga baru menngetahui hal ini….

Untuk adik-adik kumpulanku, tabahkanlah menempuhi dugaan hidup. Biar orang pandang rendah tapi hargailah diri kita...Allah tidak menciptakan makhlukNya dengan sia-sia. Air mata yang ditumpahkan amat berharga terutamanya jika kerana keinsafan dari jiwa...

1 komen:

Nasih Ulwan said...

ingat lg kata dr fadzilah kamsah, "kita x boleh merubah org, tp kita boleh meransang orang utk berubah"

Post a Comment

Hmmm... apa kata anda?

Blog Widget by LinkWithin
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top