
Boleh dapatkan tiket dari nombor yang tertera pada poster.
Teringin nak tengok...
Betapa ramai pengunjung setia menegur saya, atas kesunyian blog ini.Maafkan saya...Kata dan kisah terlalu banyak boleh dicoret, namun keutamaan saya telah bertambah.Saya rasa amat bersalah kepada beberapa sahabat bloggers yang saya janjikan "sesuatu" untuk blog mereka. Maafkan saya ribuan kali... terutamanya, si Cucu Dagang ini.
Namun, untuk saya padamkan blog peribadi ini, agak sukar dilakukan, kerana kadang-kala apa yang saya paparkan di sini juga akan memberi satu perkongsian bermanfaat buat pengunjung.
Tanpa saya sedari, saya perlu mengemaskini 10 buah blog dalam akaun peribadi blogger saya. Ada yang dibuat kerana sememangnya itu tugas saya, dan ada yang dibuat bagi membantu sahabat-sahabat. Itu belum termasuk blog yang diberikan password tanpa invitation sebagai admin.
Sementara menanti giliran keutamaan blog ini, jemput datang ke blog-blog lain ini ya. Manalah tau, terbuka hati anda untuk jadi sebahagian dari crewnya... saya sangat alu-alukan dan bersedia membantu.
1) Nisa' Terengganu :
Saya dapati, blog ini menjadi salah satu teknik marketing yang baik untuk mencari ahli baru. Namun, dari segi kelemahannya ialah, ahli sedia ada yang ramai di luar bandar kurang pengetahuan mengenai teknologi, hanya kawasan tertentu yang berhampiran pusat bandar seperti Kuala Terengganu sahaja yang boleh memanfaatkannya. Cabaran saya yang paling besar ialah bagaimana untuk memastikan ianya sentiasa dikemaskini dengan kelemahan pada saluran maklumat dari Crew 3N di peringkat DUN dan Kawasan. Kerana itu, saya sangat-sangat menggalakkan individu-individu yang mempunyai kekangan untuk ke depan dengan Nisa', dengan membantu di belakang tabir 3N, khususnya golongan mahasiswa, graduan dan mereka yang berkerjaya yang terhad pergerakannya.
2) Galeri Nisa' Terengganu
Blog ini asalnya hanyalah untuk dijadikan galeri album program Nisa' Terengganu. Namun, setelah diteliti panduan tugas, saya juga perlu menyediakan sebuah arkib berita untuk Nisa'. Memandangkan penggunaan storan seperti hard-disk, CD atau pen-drive tidak selamat dan tidak meluas, saya memilih blog untuk dijadikan tapak simpanan.
3) Tanyalah Ustazah
Sebuah ruangan baru yang dikendalikan oleh panel-panel berkelayakan yang dilantik oleh Unit Pembangunan Insan Nisa'. Saya merasakan kewujudan ruangan ini satu kemestian setelah melawat ruangan soal-jawab agama sebuah blog pemuda. Terlalu banyak persoalan berkaitan wanita dan rumahtangga diajukan pada ustaz tersebut. Alangkah baik jika soalan berkaitan wanita juga dijawab oleh ustazah berkelayakan? Ini juga dapat dijadikan sebagai salah satu medan perkongsian buat penyokong-penyokong jemaah Islam memanfaatkan ilmu dan pengalaman mereka.
4) PASTI Negeri Terengganu
Dari awal lagi, melihat keaktifan blog PASTI Dungun dan beberapa PASTI Cawangan di Johor, terdetik di hati saya untuk melihat adanya sebuah blog untuk PASTI Negeri. Bukankah bagus untuk mewar-warkan pada semua bahawa PASTI merupakan Institusi Pendidikan Pra-Sekolah yang terbaik di abad ini? Saya rasa, admin PASTI ini boleh 'maintain' sendiri tanpa bantuan saya selepas ni.
5) Smart & Syarie
Blog business...huhu. Boleh tahan followernya...
6) Skuad WaJA Negeri Terengganu
Saya akan kemaskini jika ada bahannya... Dah lama nak tukar template... bila ek?
7) Unit Amal Terengganu
Hehe... apa la kaitannya dengan saya?... Saya hanya mampu buatkan ia menjadi galeri gambar. Apa beritanya? Saya pun tak tau... huhu. Anda Unit Amal Terengganu? Saya jemput anda menjadi admin blog ini... Oh ya, ketika posting ini ditulis, petang tadi saya baru tahu Ketua Penerangan Unit Amal yang baru. Rupa-rupanya, beliau juga adalah admin blog PASTI... hehe... Nasib la Khairul...
8) Kelab Fasi Terengganu
Antara kaedah sebaran yang baik untuk organisasi. Banyak negeri menghubungi kelab untuk mewujudkan kelab yang sama di negeri masing-masing. Malangnya, selepas dilanda fitnah, saya rasa down untuk update. Saya sangat terluka dan enggan memaafkan "orang" yang menyebarkan fitnah itu sehingga hari ini. Adakah bagus sikap seperti ini?
Read More...
Summary only...
Sangat sibuk... become domestic engineering...haha... OK, sementara nak gi meeting, saja nak jawab tag lagi... From Saibah juga...
1. Anda rasa anda hot?Owh... langsung TIDAK!
2. Upload gambar kegemaran anda
3. Kenapa anda suke gambar ini?Nakal!
4. Bila kali terakhir anda makan piza?Baru lagi rasanya... Pizza kan?Bukan Pizza Hut...
5. Lagu terakhir yg anda dengar?Sesungguhnya by Raihan
6. Apa yg anda sedang anda buat selain selesaikan tag ini?Scan gambar
7. Selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?Rahsia... haha... "Ti"... Tapi jangan la ramai sangat panggil... Biar special person je...huhu...
8. Tag lagi 6 org dgn hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan.Sila lakukan kalau tak kena denda mandatoriSaya akan tag sesiapa saja walaupun orang tu takde personal blog... hehe...
1. Nurrul
2. Kak Siha
3. Najjah
4. Mira
5. Koni
6. Wanna
* Siapa no 1 kepada anda?Sahabat baik...
* Bagaimana pulak dengan no 4?Pengunjung setia blog Nisa' Terengganu yang kini saya invite jadi Crew 3N. Hehe... awal2 kenal dah kena buli... :)
* Kata sesuatu tentang org no 5. Miss our past time...
* Bagaimana pulak dengan no 3.Usaha lagi...
* Siapakah org no 2?Sahabat yang selalu menegur demi kebaikan saya...
* Bagi pesanan anda untuk org no 6.Wanna bucuk...! (Akak tau Wanna Silent Reader)hahaha...
Read More...
Summary only...
Tahun ini, banyak perkara kali pertama berlaku pada saya...
Pertama kali ke Muktamar PAS Pusat...
Pertama kali mendapat ucapan birthday terbanyak...
Pertama kali memandu seorang diri agak jauh...
Pertama kali berjalan di khalayak dengan cermin mata hitam (tak suka, tapi terpaksa)...
Pertama kali jumpa saudara jauh sebaya yang mendokong PAS...
Pertama kali masuk meeting Halwa DUN...
Pertama kali... hmmm... terlalu banyak untuk dicoretkan...
Pertama kali juga saya berjalan-jalan tanpa mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Entah kerana letih atau apa? Agaknya jika saya berusaha mengambil gambar sekitar muktamar, pasti akan ada rungutan mengenai urusetia muktamar yang tidak meraikan peranan bloggers menyebarkan informasi yang lebih tepat dan cepat.
Sempena Hari Lahir ayahanda tercinta dan Hari Ibu yang berlalu, saya mencari sesuatu untuk ibubapa tersayang.


Apabila diserahkan hadiah tersebut, ayah saya terus mencapai cermin matanya.
Tiga hari kemudian, saya fikir, saya perlu menghadiahkan lebih banyak buku lain kali...huhu... Best man saya ini sangat suka membaca dan tabiat itu turun pada semua adik-beradik saya.....
Buku untuk diri sendiri... I Love History...
Oh ya... jom bersama kita mengundi Rasulullah SAW sebagai lelaki terbaik, di hati dan di mata dunia. Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad...
Read More...
Summary only...

Hihi...Jangan jeles...

Kak Nor Nisa' Kemaman
Selepas hampir sebulan, Cik Mun pun baru update
kisah NIG. Tak boleh jadi ni, saya pun nak share kisah di sana. Bagi saya, bermusafir ni sangat bagus. Kita akan lebih mengenali orang yang bersama-sama kita.
Okay, sebenarnya, masa Kak Ani ajak awal-awal dulu, memang saya kata tak nak pergi. Kunun-kunun dah banyak ambik cuti la, nak jaga rekod la ni...kui3x... last-last, tension punya pasal, tambahan pula Ida yang ajak, tetiba rasa rindu pulak nak bermusafir dengan Ida. OK Ida, comfirm! Mula-mula ingat nak tolong Ida apa yang patut, sebab Ida Ketua Kontinjen, last-last kena jadi Ketua Perbarisan sebab Najihah baru tahu yang dia pregnant sehari sebelum pergi. Huhu... (Namun, ketika kisah ini dicoretkan, Najihah telah keguguran. Sabar ye, Jihah...)
So, dengan sempoinya, bertolaklah kami pada 24 April malam dari Amal Raudhah ke Shah Alam, seramai 32 orang peserta dan 8 orang pengiring AJK Nisa' Negeri. Mula-mula janji nak duduk dengan Ida, pastu, Kak Ya Nisa' DUN Wakaf Mempelam pulak nak bermanja , then tiba-tiba saya berada di sebelah Kak Wafa... Honestly, sejak Kak Wafa grad dari UUM, sejak itu saya tak berbual dengannya. Kami berbual agak lama, dan soalan-soalan terkumpul dari tahun 2006 ditanyakan padanya. Dan sudah tentu kami berkongsi kenangan mengenai kisah sahabat-sahabat jemaah dulu... :)

Kami solat di Masjid Shah Alam dan bersiap diri juga di sini. Turut kelihatan ialah Kontinjen Nisa' Johor dan Kontinjen Nisa' Perak.

Amik gambar tak hengat jurukamera punya...!

Persembahan best...
Saya malas nak cerita games yang dimainkan sebab dah dicatatkan di sini. Cuma, saya terkejut melihat beberapa orang adik-adik UUM yang menjadi kontinjen Nisa' Sabah. Actually, masa Nisa' Games 2007 di Kelantan pun, adik-adik UUM juga yang jadi wakil.

Taklimat catur
Luas...

Sungguh penat menjadi runner memandangkan saya diminta oleh Ida untuk memantau pemain di bahagian catur dan dam aji (di tingkat atas). Dalam masa yang sama, perlu mengambil gambar untuk 3N. Last-last, saya terduduk dan melayan Adib Nuruddin yang comel dan baiiikkkk je....
Comel kan?
Kesian pulak tengok Nuruddin yang tak dapat breast feeding sebab tak ada ruang. Makan biskut la ye... Sementara Cik Mun dan hubbynya berlawan catur, sayalah baby sitter Nuruddin. Nasib baik Mar tak main, kalau tak... jaga Izzah pulak... he-he...takpe Fir ada...
Sedih juga tak dapat main walk-in...
Adoiii... nasib baek takde gigi lagi....
Amacam, ada gaya nakal macam ummi dia?
Ainul Izzah with ummi...

Snake n Ladder designed by me...

Sampai gaya baring tu... adik tu sengih je...
Pemain Terengganu khusyuk belajar...
Wakil non-Malay dari Kontinjen Nisa' Negeri Sembilan
Naib Johan Ceper Nisa' Terengganu
Kak Ra (Nisa' Marang), pemain ceper kategori bawah 40 tahun
Nuruddin didukung oleh pengadil profesional catur.... 'Atuk!"
Anyone Can Play!

Saat yang paling lucu ialah ketika saya, Ida dan Sham naik ke pentas untuk mengambil hadiah, saya bersalam dengan Kak Muna sambil berkata...
"Akak... saya Baity, nasikerabupetro"
Ya Allah, punyalah excited Kak Muna sampai terjerit kecil. Tak hengat dia tu Pengarah Program duk atas stage... hehe... Well... I like your style la kak... hu-hu... sempoi!
Then, masa nak balik, terdengar belon-belon diletupkan. Tak henti-henti. Rupa-rupanya budak ni punya kerja.
Ni la budak yang ikut ajaran sesat saya... huhu
Saya rasa sungguh bersalah sebab pagi tadi, masa nampak budak-budak ni kat tangga utama, saya mengusik mereka....
"Kesian korang, mesti boring ek... nampak ni?" (sambil saya mengambil sebatang jarum peniti pada tudung)
"Balik nanti k? Hehe..."
Bling! Nampak mata budak ni berkilat!
Owh... saya telah mengajarnya buat jahat... ampun!
Melihat budak ni yang keseronokan memecahkan belon yang dipegang orang, saya menghampirinya dan memegang bahunya...
"Ehemmm... oooo... ikut cakap akak yea...?"
Budak itu yang terperasan bahawa saya yang mengajarnya terus tersengih dan lari...
Sori kengkawan yang dah habis belon... :) Saya harap, lepas ni budak ni tak terpengaruh dengan anasir dan hasutan lagi...huhu
Read More...
Summary only...

Ujian hati yang amat berat... Tak terdaya rasanya menanggung bebanan.
Kebetulan baru selesai dua usrah yang amat penting bagi saya. Usrah Nisa' bersama bonda DMPNT dan usrah Muslimat Kelab Fasi bersama seorang Naqibah dari PAPISMA Jumaat baru ini. Seolah-olah, selesai mengutip mutiara hikmah dari mereka yang berilmu, masanya untuk diuji apa yang saya perolehi.
Membelek-belek buku catatan... berkongsi bersama pembaca di blog Nisa', melihat catatan terbaru dari blog Kak Ummi, saya pasrah.
"Allah tak mencipta alam untuk dipandang sahaja, melainkan untuk kita memikirkan penciptaNya..."

Read More...
Summary only...
Saya tidak dapat tidur lena setelah membaca artikel di blog Kedah Lanie. Justeru, pagi ini selepas solat subuh, saya mengenepikan kerja rumah dan menghantar posting ini pada pagi ini. Artikel ini dipetik dari beberapa blog dan bagi menjimatkan masa, saya akan copy-paste sebagai satu usaha penyebaran.
Kenapa saya lakukan perkara ini?(copy-paste). Kerana tempat tersebut saya akan kunjungi sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Dari blog MAMPAT.
MAMPAT sedang mencari bukti-bukti kukuh di atas maklumat yang menyatakan terdapatnya usaha untuk memurtadkan gadis-gadis Melayu yang berkerja di Kedai buklu berkenaan. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, pengalaman dan apa sahaja.... MAMPAT menyeru agar anda semua menghubungi Pengerusi MAMPAT iaitu Cikgu Fauzi di talian 013-9238685. Segala MAKLUMAT adalah RAHSIA....
Tanpa bukti yang kukuh, MAMPAT tidak akan mampu untuk memperpanjangkannya ke hadapan... Oleh itu bantuah anda semua adalah sangat penting bagi emastikan AGAMA ISLAM terpelihara... Bersama ini MAMPAT sertakan blog yang mencetuskan maklumat awal untuk kita orang Islam sama-sama memulakan Gerakan Anti-Murtad ini......
http://membelaislam.wordpress.com/2009/04/17/awas-kedai-buku-di-kuala-terengganu/
Sekiranya maklumat tersebut benar dan tepat, MAMPAT akan memperpanjangkannya hingga ke peringkat yang lebih tinggi.... Insyallah Tuanku sangat MURKA sekiranya didapati perkara ini adalah benar......
Dari sini pula.
Sudah menjadi buah mulut orang ramai di bandaraya Kuala Terengganu namun masih ramai lagi mereka yang terus terperangkap dan tertipu. Pemilik sebuah kedai buku yang mempunyai beberapa rangkaian kedai di sekitar Kuala Terengganu didapati terlibat dalam usaha memurtadkan anak-anak gadis Melayu kita. Selain dari itu ramai juga mereka yang telah diperkosakan.
Pengakuan beberapa bekas pekerja yang sudah serik dicabul kehormatan menceritakan pengalaman pahit mereka. Pemiliknya memang lebih suka mengambil kakitangan-kakitangan perempuan, anak-anak gadis dari kampung sekitar yang kurang pendidikan agama, lemah iman dan yang mudah terpedaya dengan wang ringgit.
Sesetengah yang berani dan teguh iman, mereka sanggup berhenti dari terjerumus dengan maksiat yang berleluasa serta terancam keimannya. Malah semakin ramai dari mereka yang bersuara menceritakan kebobrokan nafsu serakah pemiliknya. Ada juga anak-anak gadis yang ternoda dan akhirnya terpaksa mengugurkan kandungan.
Seorang dari bekas pekerja mengaku turut pernah cuba dimurtadkannya. Kesedaran akhirnya menyelamatkan anak gadis yang sudah bersuami ini dari tersesat dan gugur imannya.
Walaupun sudah menjadi buah mulut ramai, namun di kalangan sesetengah orang-orang Melayu kita masih tidak sedar apa yang dilakukan oleh pemilik kedai dan terus memberi sokongan serta melanggani kedai-kedai buku ini. Dalam pada itu, sememangnya ada juga yang tidak sedar, namun sesetengah mereka yang telahpun maklum apa yang dilakukan oleh pemilik kedai terhadap anak-anak gadis, mereka tetap terus melanggani kedai-kedai buku ini.
Baru-baru ini, di antara para pelanggannya, didapati terpampan pelekat “Selamatkan Gaza” pada kereta Wiranya, walhal dia sendiri tidak sedar apa yang dilakukan oleh pemilik kedai yang dilangganinya itu mungkin lebih dahsyat dan lebih dekat di hati dari apa yang Israel lakukan nun jauh di sana.
Di kalangan “salegirls” yang diambil bekerja oleh pemiliknya diletakkan syarat mesti berpakaian seksi. Jurujual ini dihantar ke sekolah-sekolah untuk menjual buku sambil menarik perhatian guru-guru dengan pakaian dan lagak seksi mereka. Ramai guru-guru yang sudah merungut. Ada di kalangan pendidik yang sayangkan anak-anak gadis kita telah “ban”kan jurujual dari kedai ini untuk ke sekolah mereka. Namun, tetap ada pula guru-guru yang “agak gatal” patang dihulur “manisan” begini lapar menunggu.
Sesuatu tindakan drastik mesti dilakukan. Mereka yang peka dengan agama dan bangsa Melayu mereka MESTI bertindak untuk menyedarkan kawan-kawan serta sahabat handai mereka.
*****************************************
Lanjutan dari posting di atas – kami mendapat beberapa maklumat tambahan berhubung kebenaran perkara di atas termasuk dari kakitangan kerajaan – ramai dari kalangan pendidik.
Lagi dari sini.
Cadangan;
1) Wujudkan persatuan gabungan pemilik kedai buku kalau belum ada.
2) Pemilik kedai buku Islam
perlu menyediakan pilihan yang setanding dengan kedai buku tersebut. Apa yang masih kurang ialah pilihan alatulis, majalah-majalah berkualiti, majalah luar negara dan novel-novel luar negara.
3) Blogawan Terengganu-do something!
4) Sebarkan maklumat ini di masjid-masjid
5) Saya - boikot sehingga dibuktikan TIDAK BENAR.
Sungguh geram! Saya pernah menceritakan kisah ke kedai buku ini beberapa kali dalam blog ini.
Read More...
Summary only...
Saya telah membiarkan blog tidak dikemaskini agak lama. Sebenarnya banyak isu yang ingin ditulis, program yang diikuti dan gambar yang ingin dipaparkan, tapi hati dan jari-jemari ini berat pulak nak menari. Kadang-kadang saya sengaja membuat privasi pada blog, tanpa sebab yang kukuh. Tapi, tindakan itu menyedarkan saya bahawa saya mempunyai ramai silent reader yang tidak saya sedari selama ini. Silent reader ini menghantar sms ataupun meninggalkan offline message bertanyakan sebab. Terima kasih. Rasa malu sebenarnya sebab seperti mendedahkan diri pada orang lain pula.
Tahun lepas-lepas, pada bulan Mei, posting yang sama mengenai Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat menjadi isinya. Saya fikir, walaupun isu masih sama, tapi ceritanya berlainan kerana rutin sambutannya tidak sama.
Hari Ibu
Saya bercadang menunaikan janji yang telah lama ditunda kepada ibu saya.
Pada tahun 2006, sebulan sebelum tamat pengajian, ibu saya telah menelefon saya di kampus. Meminta saya mengosongkan satu tarikh untuk Hari Keluarga jabatannya. Saya memegang kukuh janji tersebut.
Namun, apa yang terjadi, apabila pulang, saya telah memilih untuk mengisi hari tersebut dengan sebuah program. Saya masih ingat betapa kecewanya ibu saya dan rasa kesal itu tak dapat saya lupakan hingga hari ini, walaupun saya menggantikannya dengan waktu yang lain. Sebelum saya bertolak ke program tersebut, saya hanya mampu mencapai tangan ibu saya dan menciumnya sambil berkata, "Ma, maafkan Angah ya, jangan marah dalam hati. Nanti budak-budak yang Angah bawa tak berkat didikannya". Ibu saya tersenyum melepaskan saya pergi. Ingat, jangan dilukai lagi hatinya.
Dan saya memenuhkan Sabtu lalu dengan menyertai kejohanan bowling anjuran jabatan tempat kerja ibu saya. Ayah saya tidak dapat menemani kerana imam surau kampung kami meninggal pada pagi tersebut.
Yang menariknya, ibu saya menjatuhkan lebih banyak pin dari saya walaupun ini kali pertama ibu saya menyentuh bowling. Malah, kumpulannya meraih tempat ketiga!
Hari Jururawat
Mungkin Hari Jururawat kurang dirasai. Namun, saya merasainya memandangkan ibu saya seorang jururawat, bukan sahaja di hospital, malah di rumah.
Ini bukan mengenai hari jururawat tetapi mengenai kebiasaan dan kesesuaian mengadaptasi kebiasaan itu. Masih berlegar pada waktu yang sama iaitu dalam program kejohanan bowling sebuah jabatan di HSNZ.
Sementara menunggu giliran untuk bermain bowling, saya duduk di sofa sambil membaca novel "The Third Time He Left Me". Tiba-tiba datang seorang ahli majlis, juga seorang kakak jururawat dengan anaknya dalam lingkungan 8 bulan duduk di sebelah saya. Saya lihat anaknya tidaklah dalam keadaan terdesak meraung-raung untuk menyusu, malah tidak menangispun. Sambil berkata "susah betul kalau tak hisap susu botol ni, kena bagi jugak la...". Dan dia terus mengangkat t-shirt yang dipakai. Yang mengejutkan saya ialah, dia langsung tidak membetulkan t-shirtnya untuk menutup bahagian yang sepatutnya ditutup. Saya rasa sangat malu dan terus mengangkat novel tersebut dengan agak tinggi dan berpura-pura membaca. Kedudukan sofa kami adalah berhampiran pintu masuk dan saya seperti ingin menghadang kakak itu.
Meskipun belum berkahwin, saya cuba memahami situasi tersebut dengan pelbagai anggapan dan fikiran;
1) Adakah perempuan dah kahwin memang anggap perkara ini biasa di tempat awam?
2) Kenapa suami dia tak marah?
3) Beruntunglah perempuan bertudung labuh sebab boleh tutup aurat dalam apa jua keadaan, tak fikir ke benda ni semua?
4) Sampai bila kehormatan wanita tidak diletakkan antara tempat teratas? Tiadanya bilik khas untuk menyusukan bayi (contohnya di kompleks membeli-belah), gymnasium berasingan atau hak memilih doktor untuk bersalin?
5) Saya tahu doktor dan jururawat dah lali dengan segala anggota tubuh badan, tapi bukanlah dengan kelalian itu mengizinkan kita menunjukkan pula pada mereka yang tak biasa. Huhu... malang betul nasib saya masa tu sebab terpaksa mengutuk dalam hati.
Sebab dah bengang sangat, saya pun bangun dan melangkah ke kolam. Sambung baca novel kat situ pula.
Selamat Hari Jururawat. Ma, Your Are The Best Nurse In Our Life. Hmm... Mama pun tahu malu ngan aurat anak mama kan...
Hari Guru
Sakit kepala!
Hari ni kami satu pejabat menyumpah-nyumpah budak-budak sekolah bermotor di jalan raya. Di luar, kelihatan dalam lingkungan 30 hingga 50 buah motosikal yang ditunggangi pelajar-pelajar sekolah menengah. Mungkin dari tiga buah sekolah berdekatan. Mereka bergabung menjadi satu kumpulan besar dan menunggang dengan bahaya sambil membuat bising. Keadaan menyakitkan hati ini berlangsung selama hampir satu jam.
Didapati mereka mengucapkan terima kasih pada guru dengan keluar dari sekolah dan membuat gangguan di jalan raya, kerana semua guru sedang diraikan di dewan. Joe yang bengang berkata, "Kecik-kecik tak nak mati, besar menyusahkan orang! Mansuh je la Hari Guru ni... jadi satu hal pulak masalah...".
Huh... budak-budak sekarang...
Read More...
Summary only...